Sabtu, 05 Desember 2015
Sabtu, 15 Agustus 2015
Sabtu, 21 Februari 2015
GENALU
Keunikan 80 – Kenali genalu/ceri terengganu
| Buah genalu/ceri terengganu yang hampir ranum sepenuhnya |
Buah-buahan nadir hari ini semakin pupus sekiranya langkah-langkah memperkenalkannya tidak dijalankan. Buah genalu misalnya walaupun masih boleh ditemui di beberapa buah kampung di Terengganu dan perkampungan lain, namun di sesetengah tempat yang dulunya ada telahpun tidak kelihatan lagi.
Sewaktu zaman kanak-kanak penulis biasa memakan buah genalu/ceri terengganu ini. Ia ditanam di halaman rumah di kampung penulis, namun kini sudah tiada lagi. Foto yang penulis rakamkan ini diambil di kampung lain. Pokok ini memang cantik sekiranya dijadikan pokok teduhan di halaman rumah.
Pokoknya boleh dikatakan renek dan rendang sesuai untuk pokok teduhan. Daunnya berbentuk panjang tirus di hujung dan berwarna ungu muda ketika pucuk.
![]() |
| Perbandingan genalu/ceri terengganu dengan genalu luar negara |
![]() |
| Perbandingan daun genalu/ceri terengganu dengan luar negara |
Caranya ialah apabila buah yang betul-betul masak sudah dipetik, buah itu hendaklah digelek sebiji-sebiji menggunakan kedua-dua belah telapak tangan. Buah ini hendaklah digelek sehingga bahagian kulitnya menjadi lembut dan semakin berkilat. Kemudian bolehlah dimakan begitu sahaja . Rasanya lebih enak!!!
![]() |
| Buah Ceri Terengganu yang bergugus-gugus seperti anggur |
Mengikut kajian buah genalu ini mempunyai khasiat tertentu kerana mengandungi ejen antioksidan. Orang-orang tua dahulu merebus akarnya untuk diminum kerana dipercayai boleh merendahkan suhu badan ketika demam.
KLIK untuk mendapatkan info mengenai buah genalu / ceri terengganu
Langganan:
Komentar (Atom)



